Bengkel Kepimpinan (Pengurusan) 2024

Pada 24 April 2024, bertempat di Dewan Al-Farabi SMK Kuhara pada pukul 1.00 petang sehingga 4.00 petang, unit UBK SMK Kuhara menganjurkan Bengkel Kepimpinan (Pengurusan) untuk majlis ketua-ketua kelas (MKK) sesi pagi dan sesi petang SMK Kuhara. Program ini diadakan untuk meningkatkan personaliti pemimpin, komunikasi seorang pemimpin dan peranan & tugas (ADK).

Pelancaran Karnival ESTREAMIC 2024

Pada hari Isnin bersamaan dengan 22 April 2024 berlangsungnya pelancaran Karnival ESTREAMIC bagi tahun 2024. Tujuan pelancaran ini adalah untuk mempromosikan dan memberi hebahan kepada murid SMK Kuhara tentang karnival ESTREAMIC. Manakala tujuan Karnival ESTREAMIC adalah dengan matlamat untuk memupuk minat murid SMK Kuhara dan murid dari luar sekolah dalam daerah Tawau yang mendalam dalam bidang STEM, TVET dan EE melalui aktiviti minds-on dan hands-on yang pelbagai serta menarik. Karnival ini telah dilancarkan oleh Encik Mokhtar bin Abdul Rashid  pengetua Smk Kuhara. Kemudian pengetua dan Guru Kanan Mata pelajaran Sains dan Matematik iaitu Puan Herlina Sulaiman telah  menyampaikan ucapan berkaitan ESTREAMIC .

Bicara Kasih

Tarikh : 19 April 2024 (Jumaat )

Masa : Pukul 11.30 a.m - 12.50 p.m

Aktiviti: Be Swifty or Be Gone & Alerting the Number

Lokasi : Surau Al-Furqan

Bicara Kasih kali ini diadakan dengan aktiviti fizikal ringan yang mencabar pemikiran kritis murid-murid untuk bertindak dengan pantas dan membuat strategi untuk memenangi permainan ini tanpa perasaan ragu-ragu tentang setiap keputusan yang dibuat.

Usrah Al-Furqan

Tarikh : 17 April 2024 ( Rabu )

Masa : Pukul 2.00 p.m - 3.15 p.m

Naqib: Mohd Zulfakar Bin Mohd Amin Jafar

Tajuk : Hayati Kemenangan Syawal

Lokasi : Surau Al-Furqan

Hari Raya Aidilfitri menandakan hari kemenangan umat Islam di seluruh dunia. Hari di mana semua umat Islam bergembira tidak mengira usia. Namun begitu, kemenangan tersebut hanya layak kepada beberapa pihak sahaja. Antara pihak yang betul-betul menang ialah orang yang diampunkan dosanya, orang yang meredhai dan diredhai Allah SWT dan orang yang mendapat faedah daripada bulan ramadan. Maka, marilah bersama-sama berdoa agar dapat dipertemukan lagi bersama bulan sucu ramadhan di tahun hadapan agar kita dapat memperbaiki lagi amalan-amalan kita agar kita termasuk dalam golongan orang-orang yang menang.

Bengkel Segak dan BMI 5-9T

Pada 16 April 2024 , Bengkel Segak dan BMI dilaksanakan di Dewan Al-Farabi SMK Kuhara pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang untuk semua guru Pendidikan Jasmani daerah Tawau  bagi memberikan pendedahan tentang segak dan memastikan semua data diisi dengan betul.

Majlis Khatam Al-Quran & Penutupan Program Ihya' Ramadan

Pada 5 April 2024 bertempat di Dewan Al-Farabi SMK Kuhara telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran & Penutupan Program Ihya' Ramadhan. Majlis ini bertujuan untuk memupuk kecintaan kepada al-quran dengan memahami sejarah penurun al-quran, membudayakan membaca al-quran dalam kehidupan seharian dan menghayati keistimewaan serta keberkatan bulan ramadhan.

Sumbangan Raya & Saham Akhirat

Haji Astrawan Bin Datuk Hj Mohd Tahir selaku CEO Rastamas SDN. BHD telah berkongsi rezeki dengan insan yang terpilih berupa makanan dan wang. Semoga beliau dimurahkan rezeki dan sihat selalu. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian beliau untuk memberikan sumbangan kepada murid SMK KUHARA.

Tarikh : 5 April 2024

Tempat : Dewan Al-Farabi

Bicara Kasih

Tarikh : 5 April 2024 (Jumaat )

Masa : Pukul 11.30 a.m - 12.50 p.m

Naqibah: Putri Noratira Natasya binti Hairul Izuan

Tajuk : Meraih Ketinggian Iman Melalui Amalan Sunat dan Kelebihannya

Lokasi : Surau Al-Furqan

Sepuluh malam terakhir Ramadan, peluang emas meraih ketinggian iman melalui amalan sunat. Setiap langkah menuju keberkahan, tiada sia-sia. Dengan hati tulus dan tekad bulat, genggam peluang berkah ini. Tingkatkan ibadah, dekatkan diri pada-Nya. Selamat menyongsong malam penuh kemuliaan.

Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jama'ie

Pada 4 April 2024 bertempat di Dewan Selera Asrama SMK Kuhara, Majlis Khatam Al-Quran dianjurkan oleh pihak sekolah. Antara objektif penganjuran majlis ini adalah, memupuk kecintaan kepada Al-Quran dengan memahami sejarah penurun Al-Quran, membudayakan membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian dan menghayati keistimewaan serta keberkatan bulan Ramadhan. Selain itu, ia dapat meningkatkan kesedaran murid terhadap budaya beramal ibadat pada bulan Ramadhan.

Sepetang Iftar Ramadhan

Tarikh : 4 April 2024 ( Khamis )

Tempat : Surau Al-Furqan

Program ini dianjurkan untuk guru-guru SMK Kuhara sempena bulan Ramadhan menjelang. Tujuan program ini diadakan agar dapat merapatkan lagi hubungan bersama guru-guru sesi pagi dan sesi petang.

 Usrah Al-Furqan

Tarikh : 3 April 2024 ( Rabu )

Masa : Pukul 2.00 p.m - 3.15 p.m

Naqib: Muhammad Faiz Akram Bin Amboase

Tajuk : "Andai Ini Ramadhan Terakhir"

Lokasi : Surau Al-Furqan

Tibanya bulan ramadan membawa seribu satu kebaikan kepada mereka yang beriman. Kita sebagai umat Islam haruslah memanfaatkan bulan suci ini dengan sepenuhnya kerana tiada siapa tahu melainkan Allah SWT seandainya ini merupakan ramadan kita yang terakhir.

Program Pengukuhan Kurikulum Adab & Nilai Sekolah-Sekolah (PEMANIS)

Pada 3 April, berlangsungnya program PEMANIS yang dianjur oleh Panitia Pendidikan Agama Islam SMK Kuhara bersempena bulan ramadan yang mulia ini. Antara pertandingan yang dipertandingkan ialah pertandingan Nasyid, Mimbar Da'ie, Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Khat. Para pelajar berpeluang untuk menyerlahkan bakat mereka. Peserta yang menang secara tidak langsung akan akan terpilih untuk bertanding dengan sekolah-sekolah lain untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Penilaian Pertandingan Sudut Ramadan Sesi Pagi 1445 Hijrah/2024 Masihi

Pertandingan Sudut Ramadan yang telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam SMK Kuhara yang berlangsung daripada 18 Mac 2024 sehingga 31 Mac 2024 telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan murid-murid SMK Kuhara.

Berikut ialah pemenang bagi setiap tingkatan:-

Tingkatan 3 : Tingkatan 4 : Tingkatan 5 :

Johan : 3 Azam Johan : 4 Agro Johan : 5RC

Naib Johan : 3 Cerdik Naib Johan : 4ST1 Naib Johan : 5KM2

Ketiga : 3 Efektif Ketiga : 4SUK Ketiga : 5PA

Keempat : 3 KRK Keempat : 4KM5 Keempat : 5 Agro

Sumbangan PIBG Untuk 20 Orang Anak Yatim & Asnaf

Tarikh : 2 April 2024 (Rabu)

Sumbangan ini diberikan kepada pelajar-pelajar SMK Kuhara adalah untuk meringankan bebanan hidup yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dengan sebaik mungkin.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin (MPWPP) Sesi Petang 2024/2025

Majlis ini dianjurkan untuk badan pengawas dan majlis ketua-ketua kelas (MKK) sesi petang SMK Kuhara pada 01 April 2024.

Watikah tersebut diserahkan oleh En. Mokhtar bin Hj. Abdul Rashid, Pengetua SMK Kuhara dan diiringi barisan pentadbir. Majlis ini diadakan untuk memberikan pengiktirafan kepada pemimpin SMK Kuhara agar dapat menggalas amanah yang diberikan denganpenuh intergriti dalam diri.

Tempat : Dewan Al-Farabi

Penyampaian Kehadiran Terbaik Setiap Tingkatan Bulan Mac 2024

Piala pusingan akan diberikan kepada kelas yang telah mencapai kehadiran murid terbaik setiap bulan mengikut tingkatan. Selain itu, murid dapat menanamkan semangat kerjasama dan rasa tanggungjawab kepada semua ahli dalam kelas bagi mencapai peratus kehadiran yang cemerlang.

Tarikh : 01 April 2024

Tempat : Dewan Al-Farabi

Taklimat Sistem Sahsiah Diri (SSDM)

Taklimat Disampaikan Oleh : Pn. Junita

Tempat : Dewan Al-Farabi

SSDM ini bertujuan untuk merekod salahlaku pelajar/amalan murni ketika berada di sekolah. Dengan rekod ini, semua pihak yang berkenaan dapat mengakses data salahlaku/nilai murni pelajar bagi tujuan mengawal dan mengatasi masalah disiplin pelajar.

Program Bulan Kesedaran Autisme Sedunia 2024

Hari Kesedaran Autism Sedunia disambut setiap tahun pada 1 April untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang autism. Individu dan organisasi di seluruh dunia meraikan Bulan Kesedaran Autism dengan pelbagai acara untuk mendidik masyarakat tempatan serta meningkatkan kesedaran orang ramai tentang autism. Hampir 50 tahun telah berlalu sejak  Autism Society  mengadakan bulan Kesedaran Autism Kebangsaan pertama pada bulan April 1970.

Tarikh : o1.April.2024

Tempat : Dewan Al-Farabi

Watikah Pelantikan Pengawas & MKK Sesi Petang 2024/2025

Tarikh : 1 April 2024 ( Isnin )

Tempat : Dewan Al-Farabi

Watikah pelantikan ini disampaikan kepada semua pengawas dan majlis ketua-ketua kelas sesi petang bagi sesi 2024/2025.  Majlis ini juga diteruskan dengan ikrar barisan pemimpin SMK Kuhara agar melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah.

Murid Terbaik UASA 2023 Mengikut Kelas Sesi Petang

Pada 1 April 2024 bertempat di Dewan Al-Farabi, anugerah penghargaan disampaikan kepada murid yang memperoleh keputusan yang baik dalam UASA. Tahniah diucapkan kepada Murid terbaik UASA 2023 kerana dapat memberikan contoh yang baik dan meningkatkan semangat belajar  kepada pelajar lain untuk mencapai kecemerlangan. Pihak sekolah telah menyediakan cenderahati kepada Murid Terbaik UASA 2023. Pihak sekolah juga berharap agar pencapaian murid semakin meningkat.

Kaji Selidik dan Sesi Temubual Kajian STEM

Pada hari Khamis, 28 Mac 2024, UMS telah melaksanakan kaji selidik dan sesi temubual kajian STEM kepada murid-murid yang mengambil STEM seperti  5ST1 dan 5ST2. Kaji selidik dan sesi temubual ini dijalankan di Makmal ICT dan Pusat Akses SMK KUHARA. Murid daripada 5ST1 dan 5ST2 di beri soalan kaji selidik untuk dijawab dan di temubual oleh wakil daripada UMS. Tujuan kaji selidik dan sesi temubual ini dijalankan untuk mengetahui faktor kemerosotan pencapaian akademik dan tahap minat pelajar aliran sains terhadap bidang STEM di sekolah menengah seluruh Sabah.

Pertandingan Melukis Sempena Ihya' Ramadhan

Program ini diadakan pada 26 Mac 2024 bertempat di Dewan Al-Farabi dan Dewan Terbuka SMK Kuhara untuk mengasah bakat murid dalam seni lukisan dan mewarna. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama murid yang menyertai aktiviti ini.

Watikah Pelantikan Majlis Tertinggi Badan Pengawas Sesi Pagi 2024/2025

Pada 25 Mac 2024 di Dewan Al-Farabi , Majlis Watikah Pelantikan Majlis Tertinggi Badan Pengawas bagi sesi pagi 2024/2025 diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih supaya dapat menjadi pemimpin yang memimpin sekolah dengan baik dan melakukan tugas yang diberi amanah oleh pihak sekolah dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

Watikah Pelantikan Majlis Ketua-Ketua Kelas

Pada 25 Mac 2024 bertempat di Dewan Al-Farabi, watikah pelantikan Majlis Ketua-Ketua Kelas (MKK) bagi sesi 2024/2025 untuk murid sesi pagi. Murid dilantik sebagai ketua kelas diberikan tanggungjawab untuk menjadi pemimpin di dalam kelas. Semoga setiap murid dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah.

Sesi Bergambar Badan Pengawas 

Pada Isnin 25 Mac 2024 , pengawas-pengawas SMK Kuhara Tawau bagi sesi 2024/2025 telah dilantik. Tahniah diucapkan dan semoga semua murid yang telah dilantik dapat menjalankan tugasan dengan amanah.

Penyampaian anugerah murid terbaik PAT setiap kelas

Penyampaian anugerah penghargaan kepada murid-murid yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi tingkatan 2 dan 3 serta Peperiksaan Akhir Tahun bagi tingkatan 4 bagi sesi 2023/2024 pada 25 Mac 2024 di Dewan Al-Farabi. Tahniah diucapkan kepada semua murid dan semoga terus beroleh keputusan yang cemerlang.

Program Orientasi Pemantapan Kendiri Tingkatan 3  2024

Program Orientasi Pemantapan Kendiri Tingkatan 3 bagi sesi 2024 diadakan pada 21 Mac 2024 dan 22 Mac 2024 di Dewan Al-Farabi anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini dapat memupuk pelajar agar bekerjasama dan memberi tumpuan dengan aktiviti yang dijalankan. Selain itu, membantu mewujudkan nilai motivasi kendiri  kepada pelajar. Seterusnya, memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sesi persekolahan bagi sesi pagi .

Usrah Al-Furqan

Tarikh : 20 Mac 2024 ( Rabu )

Masa : Pukul 2.00 p.m - 3.15 p.m

Naqib: Muhammad Faiz Akram Bin Amboase

Tajuk : "Sabar itu indah"

Lokasi : Surau Al-Furqan


"sabar" merupakan suatu sifat yang sangat dituntut dalam Islam. Namun begitu, tidak ramai orang islam mampu untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Kita sebagai orang beriman harus sedar bahawa terdapat banyak hikmah² yg tersembunyi apabila kita bersabar. Maka, marilah memperbanyakkan bersabar dalam menempuhi dugaan dan ujian kerana Sesungguhnya, Dia bersama-sama mereka yang bersabar.

Program Jom Sahur Murid Asrama

Program ini dianjurkan pada 16 Mac 2024 di Dewan Selera Makan yang bertujuan bagi mengimarahkan amalan bersahur dalam kalangan pelajar asrama untuk mengejar keberkatan dalam bulan bulan Ramadhan.

Mini Titian Kasih Tawau 2024

Pada 15 Mac 2024  bersamaan 4 Ramadan 1445, SMK Kuhara bersama Delegerasi Kerajaan Negeri Perlis telah menganjurkan program Mini Titian Kasih Tawau 2024 & Berbuka Puasa bersama murid asrama SMK Kuhara Tawau. Program ini berlangsung dari jam 4:30 petang hingga jam 8:30 malam berlokasikan di Dewan Selera Asrama Seri Bitara.

Majlis Tadarus Al-Quran Perdana

Majlis Tadarus Al-Quran Perdana diadakan pada 15 mac 2024, di Dewan Al-Farabi dan juga di surau Al-Furqan. Majlis ini dianjurkan dengan tujuan untuk menimbulkan kesedaran tentang kepentingan membaca Al-Quran dikalangan warga sekolah. Selain itu, majlis ini juga dianjurkan agar warga sekolah dapat mengambil kelebihan dalam beribadah di bulan Ramadan.

Bicara Kasih

Episod 1: Bicara Kasih

15 Mac 2024

Episod 2: Bicara Kasih

22 Mac 2024

Bicara Kasih merupakan program yang dijalankan untuk muslimah pada hari jumaat untuk mengisi masa lapang sembari menunggu lelaki solat jumaat. Program ini menawarkan pengisian seperti tazkirah ringkas, permainan, sesi soal jawab, tadarus Al-Quran dan pengukuhan fardu ain.

Masa : 11.50 - 12.50

Tempat : Surau Al-Furqan

Bacaan Yassin 

Bacaan yassin peringkat sekolah diadakan pada 12 Mac 2024 (Selasa) di Dewan Al-Farabi , iaitu hari pertama Ramadhan . Program ini melibatkan semua pelajar SMK Kuhara sesi pagi . Objektif bacaan yassin ini ialah:

1) Menyambut kedatangan bulan ramadhan

2) Sebagai persediaan sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran

Pendaftaran Asrama Sesi 2024/2025

Pendaftaran Asrama (Fasa 1)

Pendaftaran Asrama (Fasa 2)

Pendaftaran asrama pada 9 Mac 2024 di Dewan Selera Asrama ini bertujuan untuk pelajar yang tinggal di kediaman yang jauh daripada sekolah atau mempunyai masalah pengangkutan yang ingin mendaftarkan diri sebagai murid di SMK Kuhara.Murid ditemani oleh ibu bapa masing-masing ke kaunter pendaftaran dan warden asrama juga memperkenalkan peraturan-peraturan asrama yang perlu dipatuhi.

Program Permuafakatan Pendaftaran Semula Murid Ting 2, 3, 4 & 5 

Program Permuafakatan Pendaftaran Semula Tingkatan 2, 3,  4 dan 5 diadakan pada 9 Mac 2024 bertempat di Dewan Al-Farabi ini dilakukan adalah bertujuan untuk membincangkan perkembangan akademik bersama ibu bapa murid dan guru. Seterusnya, murid membuat pendaftaran serta pembayaran yuran PIBG dan koperasi sebelum bermula sesi persekolahan.

Bakal 2024

Bahas Kalabakan Piala YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy yang dianjurkan oleh Pusat khidmat rakyat parlimen P191 Kalabakan selama 3 hari bermula 28 Februari  hingga 1 Mac 2024

Pemenang Bahas Kalabakan Piala YB Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy:

-JOHAN: SMK BALUNG

-NAIB JOHAN: SMK TAWAU

Pendaftaran Murid Tingkatan 1 Sesi 2024/2025

Fasa 1

12 & 13 Februari 2024

Fasa 2

7 Mac 2024

Pendaftaran tingkatan 1 dijalankan untuk menyambut murid-murid tingkatan 1 yang baru sahaja memasuki alam sekolah menengah. Murid-murid datang bersama ibu bapa mereka membuat pendaftaran serta membuat pembayaran yuran PIBG dan koperasi sebagai pembelian barang untuk persediaan memasuki sekolah menengah. 

Malam Munajat SMK Kuhara

Program Malam Munajat diadakan pada 30 Januari 2024 ini satu amalan yang sangat digalakkan kepada umat Islam. Program ini dapat membentuk jiwa dan rohani agar menjadi lebih mantap bagi mendekatkan diri dengan Allah. SMK Kuhara telah mengadakan program malam munajat ini bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga  SMK Kuhara

TARIAN SINGA DI SMK KUHARA 

Atas kerjasama Kelab Staf dan Guru-Guru Bahasa Cina SMK Kuhara, Tarian Singa dapat dipersembahkan dengan jayanya di SMK Kuhara. Tarian Singa ini diadakan sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang. Tarian ini telah diadakan di pintu hadapan sekolah dan mendapat sambutan yang meriah daripada seluruh warga SMK Kuhara. Hal ini secara tidak langsung dapat mendedahkan murid-murid dengan keunikan budaya bangsa Cina yang ada di Malaysia serta mewujudkan semangat perpaduan dalam diri setiap murid SMK Kuhara.

Perhimpunan Rasmi Pertama Bagi Sesi 2024/2025

PERHIMPUNAN RASMI PERTAMA BAGI SESI 2024/2025 ( PENYAMPAIAN BANNER PENGURUSAN & KECERIAAN KELAS KEPADA GURU KELAS )


Tarikh : 11/3/2024

Tempat : Dewan Al-Farabi

Majlis Sanjungan Budi, Tautan Kasih SMK Kuhara 


Tarikh : 2 Februari 2024

Masa : 1.30 petang - 4.30 petang

Tempat : Dewan Seri Bitara


Unit Pengawas dan Majlis Ketua-Ketua Kelas Sesi Petang SMK Kuhara, Tawau telah menganjurkan jamuan akhir semester sebagai tanda penghargaan kepada pemimpin-pemimpin murid tingkatan 1 dan 2 atas sumbangan yang telah mereka berikan sepanjang sesi 2023/2024.

Program Pasca Ujian Akademik Semester Akhir (UASA) Tingkatan 1, 2 & 3

Melalui program ini, murid-murid bukan sahaja dapat mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan menjana minda, tetapi pada masa yang sama dapat pengajaran dan kesedaran tentang buli dan gangguan seksual.

Karnival Futsal Milo Peringkat Negeri Sabah

Tahniah kepada murid-murid SMK Kuhara yang mewakili Tawau ke Karnival Futsal Milo Peringkat Negeri Sabah pada 17 Julai 2022 di Kota Kinabalu sekaligus menjadi Johan dalam pertandingan tersebut. 

Murid SMK Kuhara yang bertanding adalah, Muhamad Aiman Asyraaf dan Muhamad Fazley dari kelas 4KM2, Muhamad Fauzi dari 4PA dan Muhamaf Imran dari 4ST2. Mereka akan mara ke Grand Final peringkat Kebangsaan bagi kategorin Bawah 16 Tahun. Syabas diucapkan!

#cemerlangberketerampilan