Pautan

Estreamic merupakan gabungan daripada Environmental Education (EE), Science, Technology, Reading, Engineering, Arts, Mathematics, Co-operative 2024 SMK Kuhara. Matlamat karnival ini untuk mendemokrasikan konsep Teknologi Hijau dan STREAM kepada para murid SMK Kuhara serta murid dari sekolah luar di daerah Tawau dengan matlamat untuk memupuk minat yang mendalam dalam bidang ini melalui aktiviti minds-on dan hands-on yang pelbagai dan menarik.

Perpustakaan SMK Kuhara atau lebih dikenali sebagai PUSTARA, berkolaborasi dengan panitia-panitia sekolah dalam meningkatkan prestasi sekolah. PUSTARA menyediakan sumber-sumber kemudahan untuk pelajar dan juga guru. Peranan PUSTARA ialah menjadi salah satu sumber yang menyediakan pelbagai bahan dan rujukan supaya pelbagai aktiviti dapat dijalankan ke arah untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran murid-murid.

SAHABAT AL-FURQAN (SAF) 

Sahabat Al-Furqan atau lebih dikenali sebagai SAF merupakan ahli jawatankuasa dibawah seliaan Panitia Pendidikan Islam yang mengurus aktiviti dakwah sekolah. SAF terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Antara tugas yang dilaksanakan oleh Sahabat Al-Furqan ialah mengadakan usrah dan bicara kasih mingguan dimana penceramah daripada luar dijemput untuk menyampaikan tazkirah kepada pelajar. SAF juga bertanggungjawab ke atas kebajikan surau.

Portal Digital Learning / Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa)

KPM 

Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Laman Web Rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

Laman ini tentang Program/Aktiviti Kesukarelawanan ICT yang dijalankan di sekolah serta informasi berkenaan dengan keselamatan siber.