Sahabat Al-Furqan (SAF)

Bicara Kasih

Tarikh : 19 April 2024 (Jumaat )

Masa : Pukul 11.30 a.m - 12.50 p.m

Aktiviti: Be Swifty or Be Gone & Alerting the Number

Lokasi : Surau Al-Furqan

Bicara Kasih kali ini diadakan dengan aktiviti fizikal ringan yang mencabar pemikiran kritis murid-murid untuk bertindak dengan pantas dan membuat strategi untuk memenangi permainan ini tanpa perasaan ragu-ragu tentang setiap keputusan yang dibuat.

Usrah Al-Furqan

Tarikh : 17 April 2024 ( Rabu )

Masa : Pukul 2.00 p.m - 3.15 p.m

Naqib: Mohd Zulfakar Bin Mohd Amin Jafar

Tajuk : Hayati Kemenangan Syawal

Lokasi : Surau Al-Furqan

Hari Raya Aidilfitri menandakan hari kemenangan umat Islam di seluruh dunia. Hari di mana semua umat Islam bergembira tidak mengira usia. Namun begitu, kemenangan tersebut hanya layak kepada beberapa pihak sahaja. Antara pihak yang betul-betul menang ialah orang yang diampunkan dosanya, orang yang meredhai dan diredhai Allah SWT dan orang yang mendapat faedah daripada bulan ramadan. Maka, marilah bersama-sama berdoa agar dapat dipertemukan lagi bersama bulan sucu ramadhan di tahun hadapan agar kita dapat memperbaiki lagi amalan-amalan kita agar kita termasuk dalam golongan orang-orang yang menang.

Bicara Kasih

Tarikh : 5 April 2024 (Jumaat )

Masa : Pukul 11.30 a.m - 12.50 p.m

Naqibah: Putri Noratira Natasya binti Hairul Izuan

Tajuk : Meraih Ketinggian Iman Melalui Amalan Sunat dan Kelebihannya

Lokasi : Surau Al-Furqan

Sepuluh malam terakhir Ramadan, peluang emas meraih ketinggian iman melalui amalan sunat. Setiap langkah menuju keberkahan, tiada sia-sia. Dengan hati tulus dan tekad bulat, genggam peluang berkah ini. Tingkatkan ibadah, dekatkan diri pada-Nya. Selamat menyongsong malam penuh kemuliaan.

Usrah Al-Furqan

Tarikh : 3 April 2024 ( Rabu )

Masa : Pukul 2.00 p.m - 3.15 p.m

Naqib: Muhammad Faiz Akram Bin Amboase

Tajuk : "Andai Ini Ramadhan Terakhir"

Lokasi : Surau Al-Furqan

Tibanya bulan ramadan membawa seribu satu kebaikan kepada mereka yang beriman. Kita sebagai umat Islam haruslah memanfaatkan bulan suci ini dengan sepenuhnya kerana tiada siapa tahu melainkan Allah SWT seandainya ini merupakan ramadan kita yang terakhir.

Usrah Al-Furqan

Tarikh : 20 Mac 2024 ( Rabu )

Masa : Pukul 2.00 p.m - 3.15 p.m

Naqib: Muhammad Faiz Akram Bin Amboase

Tajuk : "Sabar itu indah"

Lokasi : Surau Al-Furqan


"sabar" merupakan suatu sifat yang sangat dituntut dalam Islam. Namun begitu, tidak ramai orang islam mampu untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Kita sebagai orang beriman harus sedar bahawa terdapat banyak hikmah-hikmah yg tersembunyi apabila kita bersabar. Maka, marilah memperbanyakkan bersabar dalam menempuhi dugaan dan ujian kerana Sesungguhnya, Dia bersama-sama mereka yang bersabar.

Bicara Kasih

Episod 1 : Bicara Kasih 

15 Mac 2024

Episod 2 : Bicara Kasih

22 Mac 2024

Bicara Kasih merupakan program yang dijalankan untuk muslimah pada hari jumaat untuk mengisi masa lapang sembari menunggu lelaki solat jumaat. Program ini menawarkan pengisian seperti tazkirah ringkas, permainan, sesi soal jawab, tadarus Al-Quran dan pengukuhan fardu ain.

Masa : 11.50 - 12.50

Tempat : Surau Al-Furqan

Malam Munajat SMK Kuhara

Program Malam Munajat ini satu amalan yang sangat digalakkan kepada umat Islam. Program ini dapat membentuk jiwa dan rohani agar menjadi lebih mantap bagi mendekatkan diri dengan Allah. SMK Kuhara telah mengadakan program malam munajat ini bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga  SMK Kuhara.